Berkongsilah, teman...

Hikmah ALLAH jauh lbih hebat dari apa yang manusia mampu fikirkan..moga impian besarmu itu, impian hati seorang perencana ummah..moga rintih jiwa kerdilmu itu, rintih hati hamba yang didengari tuhan..
Kalah menang dlm perjuangan bukan noktah dan penentunya..dengarilah bhawa jalan juang menuju tuhan masih panjang..padanya penuh rintangan krana akhirnya itu ada CINTA yang berkekalan..
'Isy 'azizan au mut syahidan

Saturday, December 27, 2008

AZAM BARU ATAU ANGAN BARU?

Maaf, mungkin ada yang rasa agak familiar dengan tajuk ni. Tajuknya sama dangan majalah AL-MURSYID edisi pertama keluaran BADAI SMAASZA tahun 2004, dengan akh Mohd Ramadhan Syakir sebagai editornya. Tapi bukanlah tujuan ana di sini nak menghuraikan artikel majalah tersebut, yang ingin dikongsikan adalah pendapat dan pengalaman ana dan sahabat-sahabat yang lain.

Mengenangkan tahun baru yang bakal tiba tak lama lagi, baik tahun Hijri atau tahun Masehi, mungkin ramai di kalangan kita yang mula menanam azam baru, untuk dirasmikan menjelang detik tahun baru tak lama lagi. Hakikat sebenarnya, azam bukanlah hanya dikhususkan untuk tahun baru sahaja, tetapi bila-bila masa saja, asal saja kita betul betul bertekad. Namun, tiada salahnya berazam di tahun baru. Bercakap pasal tekad, teringat ana kepada satu kisah, di mana sahabat ana yang pada mulanya bergurau dengan sahabatnya yang lain, tak tahu kenapa tiba-tiba ( mungkin sampai hidayah padanya =) ) dia berkata, “Mulai sekarang ana dah tak nak bercakap benda yang mengarut dah” tapi tak sampai beberapa minit lepas tu secara spontan dia bergurau lagi. Kami semua rasa lucu, baru je cakap nak berubah tapi tak lama bertahan terus buat lagi. Begitulah, sukarnya kita nak bertekad. Tapi sekurang-kurangnya kita ada keinginan untuk berubah. Bukankah bila kita niat nak buat baik, dah dapat pahala walaupun tak buat lagi. Wallahua’lam..

Sebagai sahabat juga kita hendaklah memberi sokongan kepada sahabat yang ingin berubah ke arah kebaikan. Sejak ana kenal dengan sahabat-sahabat dan adik-adik Dentistry (terutama di M2 =) ), banyak yang ana pelajari, (selain anatomy, biochemistry, physiology, dental anatomy, histology, preventive dentistry, dental material. Syukran segala tunjuk ajar..=}) hakikatnya ramai yang igin berubah, cuma mungkin ada halangan yang agak menyulitkan. Ana sangat terharu lepas tadarus Al-Quran dengan salah seorang classmate, dengan penuh perasaan dia meluahkan rasa bersyukurnya dapat belajar Al- Quran, sedangkan dulu-dulu dia tak belajar tajwid, sekarang rasa seronok bila dapat improve bacaan Al-Quran. Di satu peristiwa yang lain, bilamana kami berbincang tentang aurat, ada yang menceritakan pengalaman mula-mula belajar pakai stokin kat rumah. Ada yang cakap kat mak, sejuklah, kena pakai stokin, ada yang cakap kaki tak cantiklah, lebih baik pakai stokin. Ana sangat kagum dengan mereka ni. Hakikatnya, bukan mudah untuk berubah, kerana ia bukan sekadar melibatkan diri kita tetapi juga orang-orang di sekeliling kita. Dalam masa yang sama, jangan lupa berdoa, semoga Allah kuatkan kita dalam menyusuri jalan untuk berubah ke arah yang lebih baik, seterusnya bertawakkal kepada Allah. Allah berfirman dalam surah Ali Imran:

“…kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal.” (Ali Imran :159)

Sungguh tak sangka dah banyak yang ana tulis rupanya. Sifat manusia biasanya tak suka baca panjang-panjang. Mungkin patut ana tangguhkan dulu. Segala kekurangan mohon teguran dari sahabat-sahabat, maklum saja kali pertama menulis dalam blog. Bittaufiq wannajah buat sahabat-sahabat Medic 1st year yang bakal menghadapi end block exam tak lama lagi, dan buat sahabat-sahabat Dentistry, semoga blok baru ini lebih baik daripada yang lepas. Buat sahabat-sahabat seperjuangan, tingkatkan keazaman kita, semoga segala tindak tanduk kita hanyalah semata-mata kerana Allah. Wallahua’lam…