Thursday, April 16, 2009

Walimatul Urus....

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah Allah mempermudahkan jalan kami menuju Baitul Muslim. Bagi sahabat2 yang mengenali kami, dijemput ke walimah kami di alamat:

LOT 2844, LORONG MELOR 3,
KG. BARU, 24200 KEMASEK,
KEMAMAN, TERENGGANU.





Doakan kami selamat diijabkabulkan, beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat bersama zuriat yang soleh dan solehah, insyaAllah.. Syukran jazilan.

Monday, March 30, 2009

Maafkanlah...

Dalam hidup kita, pasti ada kekhilafan. Maafkanlah perkara yang lalu, kerana semua tu adalah takdir yang tak mungkin dapat diubah. Masa hadapan menanti di depanmu, kuatkan semangat. Letakkan dirimu di tempatnya dan cubalah untuk memahami, insyaAllah setiap kesabaran itu takkan sia2. Andai ada dosaku pada sesiapa, kumohon kemaafan, andai ingin sampaikan ketidakpuasan, kita boleh berbincang. Kita semua bersaudara, maka maafkanlah saudaramu..=)

Saturday, February 14, 2009

Pengalaman...

Entah kenapa teringat kembali peristiwa hampir 2 tahun yang lalu, ketika cuti semester pendek (hampir 2 bulan lebih), pengalamanku sebagai seorang guru, atau lebih tepatnya seorang ustazah (disebabkan aku mengajar Pendidikan Islam). Aku dikhabarkan bakal menggantikan seorang ustazah yang sedang cuti bersalin, yang mengajar pelajar Tahun 5 dan 6. Hmm, agak mencabar bunyinya..

Hari pertama, kelas pertama yang aku masuk, 6 Al-fathonah, kelas kedua mengikut ranking. Nampaknya agak mencabar juga tugasku, ada yang memberi tumpuan, ada juga yang senyum2, ada juga yang nakal. Dalam hati berharap, “cepatlah habis, tak tahan terasa..” Rupa-rupanya ada lagi cabaran yang lebih hebat, selain kelas 6 AF, aku turut mengajar 6 Al-Ikhlas , 5 Al-Amin, 5 Al-Fathonah, dan 5 Al-Ikhlas. Paling mencabar mengajar kelas 5AI yang merupakan kelas terakhir bagi tahun 5, yang mana hanya 4 orang murid perempuan belajar di kelas tersebut.

Habis sesi persekolahan, 2 kali seminggu akan ada kelas tasmi’. Aku ditugaskan mengajar Iqra’ bagi Tahun 3. Selalunya aku pulang ke rumah pukul 3, bersama ayahku, dan dalam perjalanan pulang yang memakan masa hampir 15 minit, banyaklah pengalaman dan pendapat yang kuluahkan pada ayah. Saat inilah aku rasa paling rapat dengan ayah, yang mana tak pernah dirasai oleh adik beradikku yang lain.

Mula-mula mengajar, rasa tak seronok, murid-murid nakal sangat, pening nak kawal semua sekali. Tapi lama-kelamaan, Allah campakkan perasaan sayang pada mereka. Semakin hampir berakhir tempoh perkhidmatanku, semakin sayang untuk tinggalkan. Banyak kenangan yang tersimpan selama tempoh lebih kurang sebulan.

Kenangan 1 (kelakar)

“Ustazah, saya nak mengurat ustazah boleh?”

“Ustazah, dia lagi tinggi dari ustazah la..”

“Betul ke cikgu ni? Kecik je…” (ni dialog budak Tahun 2 waktu aku ganti gurunya yang tak hadir)

“Maaf la ustazah, saya dah bakar kertas exam jawi, takut ayah saya marah…”

Kenangan 2 (berdebar, takut jugak sikit2)

Aku bawa pelajar 5AA ke surau untuk amali solat, tiba-tiba ada seorang budak perempuan menjerit menangis. Rupanya dia terkena sengat tebuan, 2 tempat di lutut dan abdomennya.. Aku pun tak tahu nak buat apa, takut juga masa tu. Macam-macam kerenah budak-budak ni. Main-main punya pasal, sampai ada yang kena sengat tebuan. Nasib baik tak apa-apa. Mulai hari tu aku dah tak bawa murid-murid pergi surau, dah fobia.

Kenangan 3 (terharu)

“Ustazah, cuba tanya A kenapa ayah dia meninggal? Dia tak nak cakap kenapa..”

“Hmm, A nak cerita kat ustazah?”

“Hmm, sebenarnya ayah saya sakit sebab hisap rokok, abang saya pun sakit sebab hisap rokok. Kakak saya jual kuih, seorang abang lagi duduk kat asrama yayasan. Hmm, rokok tak elok, kan, ustazah? A tak nak hisap rokok..”

Kenangan 4 ( waktu jadi guru bertugas)

Ditakdirkan Allah dalam tempoh sebulan setengah aku bertugas, terkena juga giliran guru bertugas (mengikut minggu, bersama seorang ustazah lagi). Kes pertama, melayan kerenah pelajar Tahun 2 yang menangis nak balik sebab demam. Jadinya, guru yang bertugas pun kena hantar balik. Yang peliknya, esoknya perkara yang sama berlaku, ada yang kata budak tu saja tak nak datang sekolah, entahlah, tak faham sebenarnya. Macam-macam kes yang ada. Ada yang demam, sakit telinga, nak kena bawa pergi klinik dan macam-macam lagilah. Penat juga terasa rupanya bila jadi cikgu.=) Nasib baik ada murid yang prihatin. Terima kasih pada Nik Norul Izzati dan sahabatnya yang sentiasa tolong ustazah kutip kehadiran di setiap kelas sepanjang ustazah bergelar “guru bertugas”.

Kenangan 5 ( sambutan maulidur rasul)

Tiada apa yang istimewa, cuma rasa agak terharu bila turut sama terlibat dalam pembikinan sepanduk untuk sambutan maulidur rasul peringkat daerah (aku tolong tulis jawi je sikit-sikit). Alhamdulillah, sekolah berjaya dapat tempat pertama.=)

Dan banyak lagilah kenangan yang akan sentiasa dikenang, insyaAllah.. setiap hari ada saja ceritanya. Gembira dapat mendidik walaupun penat juga kadang-kadang. (seminggu 15 jam mengajar, setiap hari kena isikan ‘lesson daily plan’, kelas malam seminggu sekali, bertugas untuk bacaan yasin seminggu sekali, meeting tahunan yang habis pukul 5, kem solat sampai waktu asar dan macam-macam lagi).

Terasa ingin sekali menyumbang lebih lama, tapi apakan daya, ustazah tak sempat nak ajar Nik Solahuddin, Syamim, Syafiq dan kawan-kawan yang lain mengaji sampai pandai, belajar solat sampai dapat, dan banyak lagi. Ustazah doakan kejayaan semua. Rindu juga kat semua. Rasa terharu bila hari terakhir mengajar, ramai yang bagi hadiah, sampai tak muat kereta kat belakang.=) Paling terharu terima hadiah dari Sirhan, bakul buatan sendiri, yang emak Sirhan buat sendiri. Waktu bagi kat ustazah Sirhan pesan pegang elok-elok sebab syelek masih belum kering, emak Sirhan baru buat semalam, terima kasih banyak-banyak. Ada juga yang kirimkan hadiah kat ayah waktu hari guru (16 Mei) walaupun waktu tu aku tak lagi mengajar di sana. Terima kasih semua..

Salam sayang dan rindu dari ustazah buat semua…=)

Wednesday, January 28, 2009

RAHMAT UJIAN

Ingatkan aku takkan menulis sepanjang revision period ni, tapi tak tahu kenapa rasa terdetik untuk menulis. ( Walaupun study tak habis lagi sebenarnya) . Rumateku dah sibuk main pop kuiz, “Has, lymph drainage for tongue”. Sampai terdengar ke compartmentku. Mantap sungguh diorang ni, bakal distinction, insyaAllah.

Semalam di Lecture Hall 1 KOM, sebelum selesainya mass lecture halaqah untuk student medic (aku sebagai naqibah, turut ikut serta), kira-kira pukul 6.30pm aku didatangi mesej, “……..” Selesai je baca mesej tu rasa macam sesak dada kut, (kaannama yasso’adu fissama’), lepas tu rasa macam takde perasaan. Namun aku masih boleh tersenyum dan cuba menyembunyikan ekspresi kesedihanku. Nampak Berjaya, sebab takde yang tegur pun walaupun dalam hati, hanya Allah yang Tahu. Tapi, memang niat asal untuk jumpa Dr. nora lepas sesi tu terpaksa kubatalkan, sungguh tak mampu terasa, Ya Allah…

Kukuatkan semangat seperti biasa, pergi café, jumpa Intan aku cium untuk lepaskan kesedihan ( aku memang suka baby). Last sekali aku makan waktu tengahari dan tak makan-makam sampailah lepas solat isyak, syireen hadiahkan bubur asyura. Sungguh Allah kuatkan tenagaku tambahan pula perutku pula meragam. Pagi ni pun tak habis lagi ragamnya.

Seperti biasa, solat maghrib dan isyak di musolla yang betul-betul depan bilikku, bersama jemaah lain, sahabat-sahabat nursing dan dentist. Selesai solat aku mengulang juzu’ 5. Masih ada waktu berbaki, hanya aku yang tinggal di musolla sementara menuggu waktu Isyak. Dan sahabat DQku datang. Kami bertanya khabar masing-masing. Dan memang aku tak mampu, air mata mangalir jua. “hmmm, jangan sedih…” “hm, tak, saya tak sedih, saya suka ni. Sebenarnya kalau fikir dari sudut positif, Allah telah memberi peluang kepada saya untuk mengadu pada Nya. Dia telah memilih saya. Mungkin ibadah saya sebelum ini kurang kualitinya, bila dapat ujuan ni kita jadi lebih ingat pada Allah. Saya suka…”

Benar, fikirlah dari sudut yang positif, supaya kita lebih bersyukur. Dikisahkan seorang pemuda dihukum penjara yang sempit tanpa apa-apa bekalan ditambah dengan titisan air menitis sititik demi setitik. Ramai yang lain berubah menjadi gila dengan hukuman itu, tetapi pemuda ini mengambil langkah positif, setiap titisan air yang menitis dijadikan sebagai tasbih (berzikir). Subhanallah…

Terima kasih Ya Allah, Engkau hadirkan dia sebagai asbab untuk aku mendekatiMu, mudah-mudahan aku dapat istiqamah di jalan ini. Terima kasih kepada insan yang menjadi wasilah menabahkan diriku. Insya Allah janjiNya akan tiba juga. Dalam sujudku, aku memohon, “ Ya Allah, jadikanlah saat menghadapMu ini saat yang paling menggembirakan bagiku, saat bertemu denganMu saat yang paling kurindu, dan pilihlah aku sebagai ahli-Mu”. Dan aku diilhamkan dengan ayat seribu dinar, sungguh manis rasanya ayat ini, terima kasih Ya Allah…terima kasih…

Sungguh ujian ini bukan mudah, tambahan pula exam end block yang berat (physio termasuk blok 1, anat termasuk blok 2), tapi tak mengapa. Ini ujian buatku, dan orang lain diuji dengan cara lain pula. Masih ada waktu untukku, moga ditabahkan. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu. InsyaAllah sampai di sini saja, nak habiskan sikit lagi SDL Acid Base Balance. Maaf andai tersalah bicara. Sungguh aku adalah insan yang banyak kelemahan..

p/s: dipetik dari kisah benar dari seseorang, nama dirahsiakan=)

Monday, January 19, 2009

BANGUN SUBUH


Siapa yang menjaga waktu subuhnya bermakna dia telah memulakan harinya dengan baik, insyaAllah. Persoalannya, susah sangat ke nak bangun subuh? Seseorang memberi pendapat, “ bilamana perkara bangun subuh atau qiam menjadi keutamaan sebelum kita tidur, insyaAllah kita dapat bangun”. Bila difikir-fikirkan ada benarnya juga. Kadang-kadang bukanlah waktu bangun subuh yang paling kita utamakan, tapi perkara lain, tugasan-tugasan hari esok dan banyak lagilah, sedangkan solat subuh itu tugas kita terhadap Allah. Lagi bagus kalau bangun awal sikit, (setengah jam ke) solat tahajud 2 rakaat pun dah cukup. Cuba untuk istiqamah. Rasanya kalau kita bertekad, insyaAllah boleh buat. Tanamkan dalam diri, perkara terpenting hari esok adalah untuk aku bangun awal. Pernah saya terbaca dalam satu buku motivasi, tentang seorang wanita berkerjaya (bukan islam) yang mengamalkan petua pukul lima. Setiap hari dia akan bangun pukul lima kerana baginya dengan bangun pukul lima dia dapat siapkan semuanya sebelum ke tempat kerja. Renunglah sahabat-sahabat, ini bukan orang Islam dan dia tidak solat subuh pun. Tapi kita, sampai ada yang subuh gajah lagi..
Kadang-kadang kita boleh tidur lewat ataupun tak tidur langsung semata-mata belajar, tengok movie atau main game, tanpa kita sedar ataupun memang tau pun esoknya mesti bangun lewat sikit. Masalah kita adalah awal –awal lagi kita dah set pemikiran kita, contohnya, “aku tidur lewat ni, xpelah subuh sekarang dah lewat, bangun pukul 6.30 pun sempat lagi.” Jadinya, kalau ada yang tolong kejutkan pun dia takkan bangun jugak, selagi tak sampai atau lebih pukul 6.30, wallahua’lam. Jadi, sama-samalah kita cuba, semoga hari-hari kita lebih diberkati.=) Masalah kedua, tidur lepas subuh. Memang tak dinafikan ramai di kalangan kita yang berusia remaja ini sukar untuk mengelak daripada tertidur ataupun memang sengaja tidur selepas subuh. Masih teringat lagi sedikit sebanyak kata-kata Ustaz Ridha yang lebih kurang maksudnya, “perjuangan apa yang kamu bawa kalau tidur selepas subuh?” (siapa2 yang ingat boleh betulkan, asif). Rasanya kita semua pun memang dah maklum berpagi-pagi membuka pintu rezeki. Siapa yang lambat dia yang ketinggalan. Waktu saya menghadiri ‘Parental Skill’ waktu kat matrik dulu pun ada salah seorang ahli panel menyebut salah satu penanda aras bagi lelaki untuk melayakkannya menikah ialah tidak tidur selepas subuh. Maknanya, bagi yang masih lagi tidur selepas subuh, masih belum cukup mampu lagi untuk menikah, wallahua’lam. Satu hal lagi yang terbayang di fikiran saya, andainya tidur selepas subuh menjadi tabiat semua, mudahnya untuk musuh menyerang, dan kita semua pun tersungkurlah, nauzubillah…

Saturday, January 10, 2009

SEMOGA BUKAN SEKADAR LAUNGAN, INSYAALLAH...



Hujan renyai-renyai pada mulanya seakan mengerti penderitaan saudara-saudara di Palestin. Suara mahasiswa mahasiswi UIAM Kuantan bersama sahabat2 dari POLISAS dan KIPSAS seakan menggegarkan bumi Kuantan. Tiadalah ingin ana berbicara panjang tentang apa yang berlaku selepas solat Jumaat di hadapan bangunan Kulliyyah of Medicine itu. Ianya satu perhimpunan yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku di Palestin. Apa yang diharapkan adalah, semoga semangat itu tidaklah hanya setakat di perhimpunan tersebut tetapi biarlah berkekalan di hati. Apakah sumbangan kita selaku salah seorang daripada 1.3 billion umat Islam seluruh dunia terhadap Palestin? Isu yang sudah sekian lama, sewaktu kita belum lahir lagi. Ayuh kita tingkatkan kesedaran kita terhadap isu Palestin, bukan sekadar laungan, sedangkan bila ditanya tentang sejarah Palestin, tidak diketahui. Isu Palestin adalah isu agama dan kita wajib mempertahankan agama kita. Selain daripada memboikot barangan yang menyumbang kepada Israel dan sekutu-sekutunya kita juga seharusnya cuba menghayati erti Islam yang sebenarnya. Tidak mustahil situasi di Palestin akan berlaku kepada kita, tapi renunglah diri, apakah kita cukup kuat dengan keimanan yang tinggi untuk kita bertahan seperti saudara-saudara kita di sana. Persiapkanlah diri kita, wahai saudaraku, Islam memanggilmu untuk mempertahankannya... ( Pesanan kepada saudara seaqidah dan diri ini yang sering lupa terutamanya)

WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK!


Pagi yang indah dan senyap, kami berempat bersepakat untuk practice main badminton, maklumlah ada yang bercadang untuk mewakili DENSS.=) Entah kenapa terdetik di hati untuk bawa duit sekali. sesudah beberapa pusingan rasa letih dan penat pula, lalu kami putuskan untuk pulang saja, dan saya mengajak semuanya untuk ke cafe, maklumlah sangat dahaga. Rasa gembira bila dapat beri minum kepada orang yang dahaga, bukanlah banyak sangat wang yang dikeluarkan, tak sampai RM5 pun. Dan kami duduk di bangku sambil berbincang masalah ummat; isu Palestin dan sejarah pemimpin Islam zaman dahulu. Bak kata akh Badiuzzaman, "usrah cafe". Tapi, tak buat kat cafe pun.=) Tiba2 kami dikejutkan dengan mesej salah seorang sahabat kami, yang tertinggal kad pengenalan sedangkan dia menghadiri kursus belajar memandu. Jadinya ada antara kami yang tolong hantarkan. Dalam perjalanan balik, singgah di kedai runcit, tujuan asalnya nak beli paper, tapi alang2 ke kedai terus beli barangan keperluan. Kebetulan saya tak bawa duit waktu tu, ingatkan nak pinjam dulu tapi terus seorang kawan saya berkeras untuk belanja saya. Lebih terharu lagi dia juga berkeras nak belanja waktu makan tengahari. Syukran jazilan.. Mungkin ada benarnya kata2, "what you give, you get back". Sedangkan sahabat saya itu tidak termasuk bersama kami berempat waktu main badminton (maknanya dia tak tahu pasal saya belanja minum tadi), dan apa yang dia belanjakan untuk saya, lebih tinggi nilainya daripada wang yang saya keluarkan untuk belanja minum tadi. Subhanallah...